boleh tolong jelaskan konsep mencegah kemunkaran dengan tangan? Adakah seorang muslim secara individu (tanpa izin pemerintah) boleh menghukum orang2 yang melakukan kemunkaran?
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr abu_hakeem dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Islam melarang melakukan kemungkaran, dan salah satu keadah Islam ialah mencegah kemungkaran dengan 'tangan', sebagaimana terdapat didalam hadith shahih, hadith no:34 dari kitab hadith 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abi Saed al-Khudri ra, berkatanya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah saw bersabda :
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
:"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]
Bagi menjelaskan makna hadith diatas, kami akan memaparkan syarahan ringkas yang ditulis oleh bekas Mufti Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin dari buku beliau Al-Iraba'un Al-Nawawiyah.
Syarah makna hadith oleh ibn Utsaimin[1].
قوله - من رأى - من هذه شرطية و هي للعموم ، قوله - رأى - يحتمل أن يكون المراد رؤية البصر، أو أن المراد رؤية القلب ، وهي العلم ، و الثاني أشمل و أعم ، و قوله - منكراً - المنكر هو : ما أنكره الشرع و ما حرمه الله عز و جل أ, رسوله ،
1. Perkataan "barangsiapa yang melihat" - darinya ialah syarat dan ia berbentuk umum. Perkataan "melihat" menunjukkan keinginan melihat dengan penglihatan, atau matalamatnya ialah penglihatan hati, dan dia berilmu. Keduanya ia lebih comprehensif dan lebih umum, iaitu perkataan "Mungkar" - Mungkar ialah apa yang dilarang oleh syariah dan apa yang Allah dan Rasulnya telah haramkan.
قوله - فليغيره بيده - اللام هذه للأمر أي : يغير هذا المنكر بأن يحوله إلى معروف ، إما بمنعه مطلقا أي : بتحويله إلى شئ مباح - بيده - إن كان له قدرة اليد .
2. Perkataan - "hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan)" - Huruf Lam disini menunjukan apa-apa perkara : merubah kemungkaran dengan menukarkannya menjadi kebaikkan, atau mencegah apa-apa darinya secara mutlak : menukarkannya kepada perkara-perkara yang harus. "Dengan tangan" - bermakna jika ia mempunyai keupayaan untuk melakukan dengan tangan.
قوله -فإن لم يستطع - أي : أن يغيره بيده
3. berkata : "jika ia tidak mampu" - apa perkara yang tidak dapat diubah dengan tangan
-فبلسانه - بأن يقول لفاعله : اتقي الله ، اتركه ، و ما أشبه ذلك
4. "maka dengan lidahnya (secara lisan) - dengan berkata kepada pelaku mungkar : Takutlah kepada Allah, tinggalkan perkara itu, atau apa-apa perkataan yang serupa dengannya.
-فإن لم يستطع - باللسان بأن خاف على نفسه أو كان أخرس لا يستطيع الكلام
5. "dan jika tidak mampu" - dengan mengunakan lisan kerana takut akan resiko keatas dirinya atau seorang itu bisu dan tidak mampu berkata-kata.
-فبقلبه - أي : يغيره بقلبه و ذلك بكرا هته إياه .
6. "maka dengan hatinya" - menukar/mengubah didalam hatinya dan membenci menerima dan memberi perkara mungkar tersebut.
و قال - و ذلك أضعف الإيمان- أي : أن كونه لا يستطيع أن يغيره إلا بقلبه هو أضعف الإيمان .
7. Dan berkata : " Dan itu adalah selemah-lemah Iman" - iaitu : apa-apa perkara yang tidak mampu diubah melainkan dengan harinya merupakan selemah-lemah Iman.
===========
Komentar ulama:
Diakhir syarah hadith ini, Ibn Utsaimin memberi kesimpulannya, iaitu :-
وليعلم أن المراتب ثلاث : دعوه – أمر - تغيير . فالدعوة أن يقوم الداعي في المساجد أو أماكن تجمع الناس و يبين لهم الشر و يحذرهم منه و يبين لهم الخير و يرغبهم فيه , و الآمر بالمعروف و الناهي عن المنكر : هو الذي يأمر الناس و يقول افعلوا أو ينهاهم و يقول : لا تفعلوا . و المغير : هو الذي يغير بنفسه إذا رأى الناس لم يستجيبوا لدعوته و لا لأمره و نهيه
"Agar diketahui bahawa terdapat 3 martabat (mencegah mungkar) - berdakwah, arahan/perintah dan mengubah. Berdakwah ialah melaksanakan dakwah didalam masjid atau ditempat-tempat berkumpul manusia, dan tunjukkan kepada mereka keburukan dan beri amaran kepada mereka mengenai perkara mungkar tersebut, tunjukkan mereka kebaikkan dan galakkan mereka melakukannya, perintahlah mereka melakukan perkara-perkara yang soleh (ma'ruf) dan cegah mereka dari melakukan kemungkaran. Ertinya memerintah manusia dan juga berkata "Lakukan (perkara baik)", dengan melarang mereka dan berkata :"Jangan lakukan". Mengubah - mengubah dengan dirinya sendiri jika ia melihat orang yang melakukan dan tidak hirau akan dakwah, arahan dan larangannya".
Mencecah kemungkaran perlu melalui berapa peringkat. Didalam Al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah[3] menjelaskan bahawa :
تغيير المنكر له مراتب ، إذ يتدرج من التنبيه والتذكير إلى الوعظ والتخويف ، ثم الزجر والتأنيب ، ثم التغيير باليد ، ثم إيقاع العقوبة بالنكال والضرب ، وأخيراً الاستعداء ورفع الأمر إلى الحاكم .
"Mengubah kemungkaran dilakukan secara bertahap, progres dari menurut tahap dari amaran dan peringatan, berdakwah dan menakut-takutkan, memarahi dan berkeras, kemudian mengubahnya dengan tangan, kemudian lakukan punishment dan pukulan, dan akhirnya mengumumkan sikap kita dan membawa perkara tersebut ke mahkamah".
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi[2] didalam memberi komentar diatas hadith shahih diatas (mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mempunyai 3 syarat :
1. Perkara yang disepakati haramnya (أن يكون محرمًا مجمعًا عليه).
Tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan. Juga dimaksudkan didalam kategori ini ialah orang-orang yang meninggalkan sunnah (seperti tidak berjanggut dsb) tidak dianggap melakukan mungkar. Perkara mungkar itu hendaklah mencapai tahap haram. Kemungkaran itu tidak boleh didasarkan dari ijtihad masa, tempat dsb. Perkara-perkara yang diperselisihkan ulama' juga tidak boleh dianggap mungkar.Kemungkaran itu hendaklah ianya jelas dan terang, yang disepakati oleh semua Imam-Imam Islam.
2. Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang (ظهور المنكر )
Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan, dihadapan umum/public. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar. Hal ini dijelaskan didalam hadith diatas dengan perkataan :"barangsiapa melihat kemungkaran". Hal ini menunjukkan kita mengembalikan kepada Allah swt keatas mereka yang melakukan kemungkaran secara sunyi-sunyian, sebagaimana hadith Nabi saw :-
كل أمتي معافى إلا المجاهرين
'Semua umatku akan diampuni kecuali mereka yang melakukan maksiat secara terbuka".
3. Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran (لتغيير المنكر بالقوة)
Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang lain; iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan. Dengan kata lain, ia memiliki kekuatan material dan spiritual mencegah kemungkaran dengan mudah. Jika seseorang itu tidak berkuasa, hendaklah ia meninggalkan perkara tersebut ditangan pihak yang mempunyai kuasa. Biasanya pihak yang mempunyai kemampuan ialah "penguasa" (Polis dsb). Kekuasaan lain seperti Bapa kepada anak, suami kepada isteri, majikan kepada pekerja, dan pemerintah yang dita'ati dalam batas-batasnya.
---------
Kesimpulannya, jelas menunjukkan mencegah dengan tangan atau kekuasaan bukanlah bererti kita boleh melakukannya dengan sewenang-wenangnya. Setiap orang itu ada kemampuan dan wilayah kekuasaannya, seperti Polis berkuasa menangkap penjenayah, Bapa berkuasa memarahi anaknya, Suami berkuasa keatas isterinya, majikan berhak bertindak keatas majikannya yang melakukan kemungkaran, Jiran boleh menasihatkan jiran-jiran yang lain yang melakukan kemungkaran secara terang-terangan dsb. Perkara mungkar yang dicegah juga hendaklah jelas haramnya dan dilakukan secara terbuka. Mencegah kemungkaran mempunyai tahap-tahapnya, ialtiu bermula dari berdakwah, perintah larangan dan juga mengubahnya. WA.
wassalam
=========== Rujukan
1. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Iraba'un Al-Nawawiyah. (soft copy). ms 55.
2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. cetakan ke 3. Dar Al-Wafaa', 1994. ms 687.
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr abu_hakeem dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Islam melarang melakukan kemungkaran, dan salah satu keadah Islam ialah mencegah kemungkaran dengan 'tangan', sebagaimana terdapat didalam hadith shahih, hadith no:34 dari kitab hadith 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abi Saed al-Khudri ra, berkatanya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah saw bersabda :
Bagi menjelaskan makna hadith diatas, kami akan memaparkan syarahan ringkas yang ditulis oleh bekas Mufti Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin dari buku beliau Al-Iraba'un Al-Nawawiyah.
Syarah makna hadith oleh ibn Utsaimin[1].
===========
Komentar ulama:
Diakhir syarah hadith ini, Ibn Utsaimin memberi kesimpulannya, iaitu :-
Mencecah kemungkaran perlu melalui berapa peringkat. Didalam Al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah[3] menjelaskan bahawa :
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi[2] didalam memberi komentar diatas hadith shahih diatas (mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mempunyai 3 syarat :
1. Perkara yang disepakati haramnya (أن يكون محرمًا مجمعًا عليه).
Tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan. Juga dimaksudkan didalam kategori ini ialah orang-orang yang meninggalkan sunnah (seperti tidak berjanggut dsb) tidak dianggap melakukan mungkar. Perkara mungkar itu hendaklah mencapai tahap haram. Kemungkaran itu tidak boleh didasarkan dari ijtihad masa, tempat dsb. Perkara-perkara yang diperselisihkan ulama' juga tidak boleh dianggap mungkar.Kemungkaran itu hendaklah ianya jelas dan terang, yang disepakati oleh semua Imam-Imam Islam.
2. Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang (ظهور المنكر )
Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan, dihadapan umum/public. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar. Hal ini dijelaskan didalam hadith diatas dengan perkataan :"barangsiapa melihat kemungkaran". Hal ini menunjukkan kita mengembalikan kepada Allah swt keatas mereka yang melakukan kemungkaran secara sunyi-sunyian, sebagaimana hadith Nabi saw :-
3. Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran (لتغيير المنكر بالقوة)
Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang lain; iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan. Dengan kata lain, ia memiliki kekuatan material dan spiritual mencegah kemungkaran dengan mudah. Jika seseorang itu tidak berkuasa, hendaklah ia meninggalkan perkara tersebut ditangan pihak yang mempunyai kuasa. Biasanya pihak yang mempunyai kemampuan ialah "penguasa" (Polis dsb). Kekuasaan lain seperti Bapa kepada anak, suami kepada isteri, majikan kepada pekerja, dan pemerintah yang dita'ati dalam batas-batasnya.
---------
Kesimpulannya, jelas menunjukkan mencegah dengan tangan atau kekuasaan bukanlah bererti kita boleh melakukannya dengan sewenang-wenangnya. Setiap orang itu ada kemampuan dan wilayah kekuasaannya, seperti Polis berkuasa menangkap penjenayah, Bapa berkuasa memarahi anaknya, Suami berkuasa keatas isterinya, majikan berhak bertindak keatas majikannya yang melakukan kemungkaran, Jiran boleh menasihatkan jiran-jiran yang lain yang melakukan kemungkaran secara terang-terangan dsb. Perkara mungkar yang dicegah juga hendaklah jelas haramnya dan dilakukan secara terbuka. Mencegah kemungkaran mempunyai tahap-tahapnya, ialtiu bermula dari berdakwah, perintah larangan dan juga mengubahnya. WA.
wassalam
===========
Rujukan
1. Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Iraba'un Al-Nawawiyah. (soft copy). ms 55.
2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. cetakan ke 3. Dar Al-Wafaa', 1994. ms 687.
3. Al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah Jilid 39,ms. 127
خيرالأمين