Assalamualaikum,
Saya ada mendengar satu kuliah agama yang mengatakan kuah gulai daging yang tertumpah atas baju adalah najis dan tidak boleh dibawa sembahyang. Cuba jelaskan dengan lebih terperinci. Wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-10-0002 : Kuah gulai daging terkena pakaian
Primary tabs
Sun, 02/05/2004 - 9:54pm
#1
SJ-10-0002 : Kuah gulai daging terkena pakaian
wa'alaikumussalam
alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan anda dengan kadar kemampuan yang ada.
Didalam menghukum sesuatu yang diluar ibadat khusus (eg:solat, haji dsb), salah satu kaedah fiqh yang digunakan ialah :
Dengan kata lain, semua perkara itu hukumnya HARUS sehingga didatangkan NAS yang mengharamkan, samada dari Al-Quran, hadith, Qias atau pun Ijtihad ulama. Najis sebagaimana yang dijelaskan didalam Al-Quran dan Hadith adalah jelas. Apakah semua kotoran itu NAJIS? Kita kembangkan lagi kaedah diatas didalam bab najis:
"Tiap-tiap yang kotor itu tidak semestinya Najis, akan tetapi setiap NAJIS adalah kotor"
Kotoran kuah kari ikan ke, kuah korma ayam ke, tumpahan kopi ke, kesemua itu hanyalah kotoran dan ianya bukan najis. Asalnya kuah daging pun tidak najis. Kalau ianya najis, miskikan kita memakannya, kerana najis haram dimakan! Maka baju yang ada tumpahan kuah sah dibawa didalam solat. WA.
wassalam
خيرالأمين