SJ-11-0086 : pembelian dinar iraq

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0086 : pembelian dinar iraq

Assalamu'alaikum ustaz,

lanjutan dari jawapan soalan berhubung pelaburan dinar iraq (SJ-11-0082),
saya agak keliru sedikit. yang saya tahu, dinar iraq masih belum diapungkan
lagi, maksudnya belum lagi diniagakan di FOREX dan mungkin memakan
masa. belian di waktu ini saya rasa adalah merupakan sebagai koleksi.
future market di FOREX adalah haram dari hukum syariah kerana ada unsur
riba nasiah.
yang saya musykilkan adakah belian dinar iraq untuk tujuan koleksi melalui
internet itu ada unsur riba nasiah? minta penjelasan dari ustaz.

SJ-11-0086 : pembelian dinar iraq

:wassalam walid,

Sesiapa yang hobinya mengumpul matawang asing sebagai koleksi peribadinya terkecuali dari scam Pelaburan Iraqi Dinar tersebut. Kalau setakat nak kumpul matawang asing sebagai hobi tidak mengapa, yang ditegah ialah menyertai perniagaan spekulasi matawang Iraq. Buat masa ini kita kena memberi saham membebaskan Iraq dari penjajahan tentera Salib alaf baru bukan pelaburan Dinar Iraq, hatta dengan berdo'a sekalipun. sekian

SJ-11-0086 : pembelian dinar iraq

salam,

saya telah mengulas isu ini di

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=191&Itemid=72

ringkasan

Jika pembelian matawang ini melalui internet secara ‘tempahan' dan akan sampai kepada pembeli dalam beberapa hari. Menurut kefahaman saya, pembelian matawang Iraq adalah HARAM

tapi jika beli dari orang yang ada stok, hukumnya mungkin berubah menjadi harus, sila baca lanjut di artikel

sekian