SJ-13-0082 : subahat dgn maksiat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0082 : subahat dgn maksiat

... :salam

Soalan saya: Apa hukumnya kalau muslim makan, minum atau sembang² semeja atau sebilik dgn kawan(muslim/kafir) atau kawan kpd kawan? Muslim tu kata dia makan/minum makanan yg halal.

Re: subahat dgn maksiat

:wassalam

Jawab

Hukum asalnya tiada larangan orang Islam berkawan dengan orang kafir
Dalil: AQ 60 alMumtahinah:08
Tambahan pulak keadaan di Malaysia, sudah tentu umat Islam ada banyak urusan dgn bukan Islam termasuk ada ketikanya mereka makan bersama kerana urusan mu'amalat (dinner atau lunch) atau semasa seminar dan mesyuarat bersama.

Juga pada asalnya tiada larangan kita makan makanan orang kafir, cuma di Malaysia kena ada persijilan Halal pihak berwajib. Banyak orang Islam makan di restoren McDoonald dan Pizza Hut yg diusahakan oleh orang kafir atau Chicken Rice Shop milik musyrikin. ini kerana mereka yakin dgn logo Halal yg dipamirkan.
sekian