SJ-1694: adab ziarah kubur dan upah tembak babi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1694: adab ziarah kubur dan upah tembak babi

[="green"] [/]
assalammualaikum..
terdapat dikalangan yang memasuki tanah perkuburan dengan membuka atau menaggalkan kasut adakah nas yang menyebut demikian?

apakah hukum kepada mereka yang telah menembak babi kemudian mengambil upah sekadar harga peluru kepada mereka yang bukan Islam, adakah ia diketegorikan sepertri jual beli. dan bagaimana kalau menerima duit yang lebih dari harga peluru?

sekian

Re: SJ-1694: adab ziarah kubur dan upah tembak babi

Jawab:

:wassalam

1. HR Asyhab asSunan (Nasa'iy-Termidzi-Abu Daud dan Ibn Majah) dari Basyir bin Handzalah ra, bahawa Nabi menanggalkan sandalnya bila berada di kuburan."
Ibn Qayyim (Tahzib asSunnan 4/343) : sanad hadis ini baik dan aku beramal dengan hadis ini kecuali ada uzur syara'iy.
Imam Abu Daud (Masail/158) aku melihat Imam Ahmad ra menanggalkan sandalnya bila menziarahi kubur.
Ibn Hajar (Fathul Bari 3/160), makruh hukumnya memakai sandal/kasut atas kuburan. Ibn Hazm alAndalusia (alMuhalla 5/137) hanya sandal atau terompah yg dilarang, jika kasut tidak apa-apa.
Imam atThahawi: yang rajih ialah jika kuburan itu bersih dan berpasir barulah ditanggalkan kasut atau sandal tujuan menghormati mayat, tapi jika kuburan itu kotor atau berduri, maka tidak perlu memecat alas kaki.
2. Babi diharamkan thabit dengan nas yg putus dari AlQur'an, maka apabila ia diharamkan, maka umat Islam tidak boleh ada saham sedikitpun dalam urusan yg diharamkan. asySyuyuti, Asybah wan Nazair. Kedah/Qawaid yg digunakan ialah:
"at Taabi' Taabi' "(Pengikut itu hukumnya sama tetap sebagai pengikut yg mengikuti. Juga qawaid: " attaabi' La Yafrad bil Hukm" (Pengikut tidak terpisah dari hukum yersendiri). Jadi bila babi itu haram, maka aktiviti yg mengikutinya spt berburu, menternak, mengedar, menjual, semuanya haram. Allahu a'alam