SJ-2340: Solat Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2340: Solat Jumaat

Assalamualaikum Wrt Wbth,

Masaalah Solat Jumaat:
Banyak mesjid di K.L (khasnya) ini pada asasnya tidak mengikut syariat didalam melaksanakan solat Jumaat:
1. Menurut imam Syafi'i- antara syarat sah untuk solat Jumaat adalah perlu ada 40 ahli Jemaah-Ahli disini dimaksudkan orang yg memang penduduk tetap yg tinggal disekitarnya dan tidak bercadang untuk berpindah. Oleh itu ini menjadi masaalah besar bg para jemaah yang bersembahyang di mesjid di K.L khasnya...Mesjid negara, mesjid Wilayah, mesjid jamek K.L, mesjid pakistan, mesjid India-mesjid Kg Baru K.L mungkin terselamat.
Soalan: Bagaimana dgn kalau Imam dan bilalnya pun hanya ditugaskan di mesjid utk sementara waktu dan akan berpindah bila pencen nanti?

2. Dalam hal sebegini bagaimana dgn mesjid di kawasan kampus universiti. Ada penghuni tetapi tidak tinggal tetap. Adakah sah sembahayang jumaat disitu?

3.Apakah lingkungan/jarak keluasan tempat tinggal 40 ahli Jemaah itu? Jika ada kawasan perumaahan tetap berdekatan dengan mesjid- dalam lingkungan 3-5km, adakah mesjid yg berdekatan dengan kawasan perumahan itu sah melakukan solat Jumaat?

4. Jika saya yang di K.L, utk saya laksanankan solat jumaat yang sah dr Syarii', maka terpaksa cari mesjid di kawasan perumahan atau kawasan yang berpenduduk. Betulkah tindakan saya itu?

5. Perlukah adanya Fatwa untuk memperbaharui syarat perlaksanaan solat jumaat..krn ini adalah masaalah asas ummah.
Atas dasarnya spt yg di tanyakan diatas:
i. Masjid yg terletak berdekatan kawasan perumahan (3-5km), atau walaupun mesjid yang terletak di luar kawasan perumahan ttp mengikut lokasi pemetaannya ia masih terletak dalam sesabuah daerah atau kawasan perumahan tersebut.
ii.kerana kenderaan kini mampu memacu laju, oleh itu tiada masaalah jauh dll...kurangkan masaalah 40 jemaah tadi.

6.Jika bertaklikkan kepada beberapa mahzab lain, masaalah 40 Ahli tadi tidak timbul...tetapi kalau Bilal serta Imam pun hanya bertugas dan bersembahyang disitu..tetapi tempat tinggalnya lebih dari 7-10km bagaimana?

Jika solat Jumaat ini pd asasnya tidak sah dr sudut syarii', maka awal-awal lagi sudah tidak sah., dan sudahlah begitu..ramai para jemaah..mungkin berjuta yang tidak pula mengantikan dgn solat dzuhur..
dan kewujudan lebih banyak mesjid ini sebenarnya menipu ummah...dan ini bahaya..siapakah yg mahu bertanggungjawap depan Allah S.W.T akan hal ini?
Al-azs.

mencari ilmu keradhaan Ilahi

Re: SJ-2340: Solat Jumaat

:wassalam
Jawab:
Kita memilih untuk tidak menjawab masalah yg dikemukakan kerana pendapat yg mewajibkan bilangan 40 utk solat Juma'at ini tidak sahih.
Menurut Ibn Qayyim (adDurar asSunniyah: 2/279), hilangnya agama kerana empat golongan:
1. orang yg tidak beramal dgn apa yg ia telah tahu
2. orang yg beramal tanpa ilmu
3. orang yg tidak berilmu dan tidak beramal
4. orang yg menghalangi manusia dari berilmu.
Golongan yg menghidupkan agama ialah yg beramal dgn ilmu yg sahih.

Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (Majmu' Fatawa: 20/208) " mana-mana orang yg i'tiqad wajibnya manusia utk mengikuti salah satu madzhab yg Empat, tanpa yg lainnya, maka wajib bertaubat...." kita potong teks fatwa ini kerana sikit keras.

Dari dua orang muhaqqiqin ini, maka barulah kita boleh tackle isu apakah Juma'at sah dgn bilangan 40.

Pendapat yg rajih (lebih tepat) ialah apa jua syarat mengenai bilangan utk solat Juma'at tidak sahih dan hadis Jabir ra yg menetapkan bilangan 40 itu ditolak oleh ahli2 hadis. Imam Syun'ani, Subulus Salam: 2/56; Syawkani, nailool Awthor: 3/262' Ta'aliq Bulughul Maram: 1/90)

alMuhaddith Abu Abdul Rahman Albany, yg dianggap sebagai alMuhaddith terunggul abad ini (Ahkamul Jum'ah wa Bid'uha) menjelaskan Solat Juma'at spt juga solat2 yg lain, maka barangsiapa yg mensyaratkan satu syarat tambahan (lebih dari 15 pendapat), maka dia wajib mengemukakan dalil.
Oleh itu solat Juma'at sah dilakukan di mana saja dan sah dgn dua orang (Imam dan seorang makmum). Inilah yg difatwakan oleh Khalifah Umar alKhattab ra (riwayat Ibn Abi Syaibah) kpd penduduk negara2 Teluk (spt Bahrain, Qatar) yg menulis surat memohon fatwa mengenai kedudukan solat Juma'at di sana, maka membalas dgn fatwanya supaya solatlah Juma'at di mana saja kalian berada." *tanpa di beratkan dgn syarat2.

Oleh itu solat Juma'at yg didirikan di mesjid2 yg anda sebutkan itu adalah sah tanpa perlu dibataskan pada madzhab tertentu atau syarat2 yg dikemukakan itu semuanya tidak ada dalil yg membataskannya. Yang sebenarnya amalan di Malaysia bukanlah 100% Syafi'iyah. WA