Soaljawab Islam

SU-00266: najis

:salam
sayaingin bertanya tentang penggunaan bulu 'pure bristle' (biasa diperbuat daripada bulu babi) yg mungkin tidak disedari terutama penggunaannya dikedai2 gunting (biasa diguna semasa menyapu sabun ditempat yg hendak dicukur.harap dapat pendapat ustaz kerana ia melibatkan ramai pengguna islam. :wassalam

SJ - 3178 : bersatu dgn isteri

adakah makruh untuk bersatu dgn istri pada awal,pertengahan dan akhir bulan islam.adakah memang terdapat hadis? :salam

SJ - 3192: [G] Was-was dan Cecair dari qubul lelaki

:salam

Saya mempunyai 2 pertanyaan :
1. Setelah beberapa bulan barulah saya perasan bahawa segala ibadat yang saya lakukan semuanya tidak sah dan mungkin segelintir sahaja yang sah. Apakah yang perlu saya lakukan? Apakah hukumnya?
2. Apakah cecair lain yang keluar dari qubul lelaki selain mani,kencing dan mazi?
:wassalam :bunga

SJ – 3181 : MENCARI PELUANG MATI SYAHID @ JIHAD SETELAH KECE

:salam

Frust sebab mati anak atau bercerai atau putus cinta. Lepas tu terbayang mati. Rasa nak bunuh diri-minta dijauhkan...terfikir pulak..dari mati macam ni, lebih baik pi letup bom di badan kat Israel. Kalau mati pun ada gak sumbangannya. Takpun pi cari syahid kat mana2 negara yang dok tengah tindas orang islam. Adakah keadaan macam ni dibenarkan oleh Islam?

:wassalam

SJ - 3180 : Sinseh?

apakah hukumnya orang Islam menggunakan ubat yang dibuat oleh orang Cina?

SJ - 3179: [Z] Penyudah Segala Nabi

:salam

Mungkin soalan ini lebih menyentuh aqidah (minta maaf sekiranya tak berapa menyentuh soal feqh)

Terdapat kepercayaan segolongan Muslim yang mempercayai bahawa sesetengah Nabi masih hidup seperti Nabi Khidir a.s.

Apabila soalan diajukan kepada seorang yg 'alim di dalam bidang berkenaan hadith, beliau menyatakan adalah mustahil bahawa nabi Khidir a.s masih hidup krn beberapa sebab:

1) Apakah logiknya Nabi Muhammad SAW digelar khatamun nabiyyin (penyudah segala Nabi)

SJ - 3229: [G] Beza lafaz dlm hati & niat

:salam
Apakah beza antara melafazkan dalam hati dengan berniat?

SU-334: Buang Tahi lalat

:salam

Bolehkah seseorang membuang tahi lalatnya dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik?

:wassalam

SU-00296: Soalan berangkai perihal wanita dan aurat

:salam
Q1. Hukum wanita bersolek ketika keluar rumah?
Q2. Hukum wanita yang belum berumahtangga keluar rumah seorang diri atau bersama lelaki?
Q3. Adakah sama dosa berbogel dan mendedah aurat?

SJ - 3230: [G] Perihal imam dan bilal

:salam
Q1. Apabila seorang bilal azan, adakah perlu untuk dia menjawab azannya seperti orang lain?
Q2. Apakah keutamaan membaca doa dalam bahasa Arab sedangkan makmum yang mengaminkan tidak memahami maksudnya?
Q3. Adakah sunat memaling muka ke kanan dan ke kiri ketika mengalunkan "hayya alas solah" dan "hayya alal falah"?

SJ-13-0142 : Ciri-ciri Kepimpinan Islam

:salam
Q1. Apakah ciri-ciri kepimpinan/pemimpin Islam yang diredhai Allah?
Q2. Apakah hukum orang awam/rakyat untuk menyokongnya/mengikut perintahnya?Bagaimana pula yang menentangnya?

SJ-08-0003 : Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadhan

:salam
Q1. Adakah Lailatul Qadar itu jatuh pada tarikh yang sama setiap tahun atau berbeza-beza? Apa dalilnya?
Q2. Adakah boleh jika kita solat tarawikh separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, selepas tidur untuk sambung dengan qiamulail?
Q3. Seseorang berniat untuk berpuasa sunat pada keesokan harinya. Pagi besoknya dia berniat untuk tidak jadi berpuasa, tapi belum melakukan apa-apa yang membatalkan puasanya, kemudian petang itu merasakan ingin meneruskan saja puasanya. Adakah puasanya sah?

SJ - 3183 : [Z] Dayus

:salam
Saya ada sedikit kekeliruan mengenai dayus, adakah lelaki yang membiarkan isteri dan anak-anaknya membuka aurat termasuk di dalam golongan lelaki dayus dan apakah boleh dayus dikaitkan dengan fasik.

Minta tolong ustaz2 huraikan serba sedikit

terima kasih..

:wassalam
;)

SJ - 3182 : Keutamaan wirid vs ba'diyah

:salam
Kalaulah seseorang itu dalam kesuntukan masa, yang manakah perlu lebih diutamakan, wirid atau solat sunat ba'diyah?

SU-00261: Dalil nama mesti dalam Arab

:salam
Saya ingin tahu adakah sebarang dalil mengatakan nama seseorang mesti dalam bahasa Arab?

terima kasih...