SJ-13-0333 : Hukum "menjual" nama orang lain???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0333 : Hukum "menjual" nama orang lain???

Assalamualaikum..

Saya telah menegur jiran saya kerana maksiat yang dilakukan anaknya.Tetapi, dia tidak menerimanya dan menuduh saya yg lebih2. Oleh itu, saya telah "menjual" nama jiran2 lain yang mengutuk dia dari belakang untuk mengelakkan tuduhan dari dia dan menguatkan teguran saya. Saya "menjual" nama jiran2 lain tanpa keizinan mereka.

1) apakah hukum sebenar/asal "menjual" nama org lain tanpa izin?

2) adakah salah "menjual" nama orang lain apabila terdesak?

3) adakah ini mengadu domba?

4) Niat saya baik. Tetapi niat tidak menghalalkan cara. Jika 'menjual" nama org lain tanpa izin salah/haram, tolong berikan dalil2nya. Begitu juga sebaliknya jika dibolehkan.

SJ-13-0333 : Hukum "menjual" nama orang lain???

:wassalam

al-Jawab:

Anda ingin melakukan kebaikan tapi bila kita tak tahu caranya, maka ia akan membuka pintu-pintu kerosakan. Apa yang anda lakukan dengan menjual nama jiran-jiran termasuk dalam membuka keaiban seseorang dan bila isu tersibar di kalangan jiran-jiran, maka sudah tentu si fulan itu beranggapan, jiran-jirannya telah mengumpat dan menjaga tepi kainnya.

Cara yang betul ialah bukan menjual tapi persaksian. Yakni jika si fulan itu merasa ragu-ragu akan lapurannya, maka anda berkata bertanyalah si A atau Si B kerana dia juga ada menyaksikan perbuatan maksiat tersebut. Ini adalah persaksian bukan menjual.

Begitu juga dengan nasihat dan teguran yang kita berikan dgn ikhlas. Bila dia menolaknya mentah-mentah, maka tamatlah peranan kita dalam mencegah secara lisan. Maka tak perlu kita melakukan lebih dari itu jika dibimbangi akan berlaku kerosakan hubungan kejiranan.

ayat dalil: " jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan jangan kamu mengumpat sebahagian yg lain.." AQT 49: 12

hadith dalil: " jangan kamu saling memutus, jangan kamu saling membelakangi, jangan saling membenci, jangan suka meneliti dan mendengar-dengar orang lain dna jangan saling menjerumus,m jadilah kamu hamba Allah yg bersedara.." [HR Muslim dari Abu Hurayra]
sekian