SJ-05-0506 : Masalah2 sembahyang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0506 : Masalah2 sembahyang

:salam

Saya ada beberapa soalan berkenaan solat dalam beberapa situasi yang berbeza

1) Seorang hamba Allah itu mempunyai masalah (pekerjaan, kelas, pembedahan dll) yang memerlukan beliau untuk jamak solatnya kerana waktunya amat panjang iaitu akan mengambil masa dua waktu solat. Untuk memudahkan beliau, hamba Allah itu menjamak taqdimkan solatnya contohnya asar dalam zuhur kerana kadang2 perkerjaan tersebut selesai sehingga waktu maghrib. Akan tetapi pada suatu ketika pekerjaan tersebut dapat disiapkan awal sbg contoh dalam waktu asar.

soalannya.

Beliau sudah jamakkan solatnya asarnya dalam waktu zuhur, tetapi perkerjaan sudah siap dalam waktu asar.
Adakah beliau perlu mengulang solat asar?

2) Bilakah waktu solat witr jika seseorang itu menjamakkan isyak dalam maghrib? Bolehkah beliau solat witr dalam waktu maghrib?

3) seorang pelajar dinegara asing (bukan islam). Beliau rasa segan untuk solat secara biasa di tempat2 awam. Oleh kerana beliau ialah seorang islam yang baik, beliau tidak meniggalkan solat tetapi solat secara isyarat contohnya duduk atas kerusi dan rukuk, sujud dan sebagainya dengan menundukkan kepala.

solannya,
sahkah solatnya? adakah ia dikira sebagai solat menghormati waktu (betulkah ada istilah ini?) ?
perlukah hamba Allah itu mengulang solatnya ?

sekian, terima kasih.

jawapan daripada panel al-ahkam amatlah dihargai

:wassalam

Re: Masalah2 sembahyang

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Masalah ini sama dengan masalah seorang yang musafir melakukan jamak taqdim pada waktu Zohor, kemudian sampai ke tempat pemukimannya pada waktu Asar. Maka dia tidak wajib mengulangi solat Asarnya walaupun waktu Asar masih berbaki. Kerana Nabi Sallallahu Alahi Wasallam melarang seseorang mengulangi solat fardhu dua kali dalam satu hari.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

لاَ تُصَلُّوا صَلاَةً فِى يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali.
Direkod oleh Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641), dan lain-lain.

2) Jika Isyak dijamakkan dalam waktu Maghrib, ada dua pendapat tentang Solat Witir adakah boleh dilakukan terus selepas Solat Isyak (pada waktu Maghrib), ataupun kena tunggu hingga masuk waktu Isyak.

Pendapat jumhur ulama, ialah mesti dilakukan dalam waktu Isyak, kerana:

- hadis yang menyebut bahawa waktu solat witir antara solat Isyak dan Solat Subuh, merujuk kepada waktu kebiasaan.
- Solat Isyak dilakukan dalam waktu Maghrib adalah disebabkan rukhsah. Maka rukhsah hanya tertentu pada yang dinaskan sahaja. Tidak boleh memasukkan solat Witir dalam rukhsah ini.
(Syarah Zaad Mustaqni', oleh Syanqiti)

3) Segan bukan rukhsah untuk meninggalkan sembahyang secara sempurna. Wajib dilakukan dengan rukuk dan sujudnya. Carilah tempat yang tersembunyi jika segan nak melakukan ibadah kepada Allah.

Wallahu A'lam.