Assalammualaikum,
Saya akan check ingredients makanan yang hendak dibeli seperti biscuits, cheese atau ice-cream di packet berdasarkan code atau maklumat yang didapati di internet dan juga e-mail atau call direct dengan manufacturers kerana most products di luar negara tiada tanda halal. Kekadang ada juga tersilap beli dan ada kawan-kawan yang memberi makanan yang confirm mengandungi bahan-bahan haram bila datang ke rumah.
Soalan saya :
1. Apa hukumnya memberi makanan yang confirm ada haram ingredients kepada non-muslims?
2. Apa pula hukumnya memberi barang-barang bukan makanan seperti kasut yang ada kulit babi kepada non-muslims?
Saya beri kepada non-muslims supaya tidak membazir. Ada juga yang saya buang sahaja.
Harap beri penjelasan
Wassalam.
:wassalam
alJawab (ringkas):
Apa yang haram di sisi anda itu sebenarnya masih halal di sisi Imam-Imam yang lain. Cthnya dalam madzhab Hanafi, keringanan penggunaan sumber ingredients makanan itu diringankan di atas perinsip 'istihalah (berubahnya dzat) dan istihlak (hancur dzat). maka apa yang haram di sisi madzhab Syafi'iy masih halal di sisi madzhab Hanafi.
Begitu juga kulit babi itu juga adalah khilaf di sisi para Imam. Ia juga terkena di bawah kaedah istihlah (berubahnya zat), kulit yg najis tapi melalui proses tanning (samakan kimia), ia menjadi suci. alQardhawi mengatakan kulit apapun jika di samak adalah suci. Ini fiqh Ibn Abbas, Abu Yusof dan Daudi. (Fiqh Taharah, maktabah Wahbah, 2002)
Oleh kerana ia khilaf fiqhi, maka anda boleh sahaja memberi kepada muslim yang berlainan madzhab (yang berpegang ianya halal) atau kepada non-muslim.