Soaljawab Islam

SU-00129: pergaulan

:salam saya harap dapat bantuan cara yang dibolehkan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,seperti berjumpa selalu dengan kehadiran orang ketiga atau telefon selalu atau chat selalu atau sms selalu dan lain lain lagi. saya harap saya dapat penjelasan yang detail tentang perkara ini dan kalau boleh berikan sekali dalil

SU-00137: Wuduk orang sakit

assalamualaikum ustad,
1. bagaimanakah caranya wuduk bagi orang yang sakit iaitu yang tidak dapat bangun atau berjalan? apakah yang patut dilakukan sekiranya orang itu bersendirian?

2. bagaimana pula jika orang yang seperti diatas itu berpenyakit hadas yang tak tus?

SJ - 2850 : [GYT] sunah dalam solat jumaat

Sunah Nabi dalam Solat Jumaat
Budiarto (17885) - 8/16/2003 11:14:03 AM/210.187.228.245

Tulisan ini bukan untuk membuka pertikaian, tetapi satu ruang menemukan kebenaran setelah sekian lama disembunyikan karena umat dangkal pada ilmu.

SJ - 2948: [Z] Kenapa mesti keliru?

Asalamualaikum.
Saya berasa musykil kenapa mesti ada pihak wahabi dll. Yg jelas adakah penganut ugama Islam di Malaysia mengutamakan Al Quran dan sunnah? contoh soalan di mana Allah swt , adakah soalan ini lebih baik di jawab dgn mengunakan kitabulah atau dgn pendapat yg lain (akal)?
Tolong jelaskan.

2. Tentang Qunut di waktu sembahyang subuh, tolong berikan satu sandaran yg sohih tentangnya yg. mengatakan ada Rasullulah menunjukankan contoh darinya.

SU-00138: Najis Mughallazoh.

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
jika seseorang itu telah memegang najis mughallazoh yakni anjing dan babi tanpa menyamaknya, lalu menyentuh benda2 lain seperti pakaian dan sebagainya, apakah hukum pada benda-benda yg disentuhnya itu?
sekian wassalam.

SU-00120: tersentuh kemaluan ketika mandi junub..batalkah?

di sini saya ingin bertanya..adakah terbatal mandi junub seseorang itu jika dia tersentuh kemaluannya dengan tapak tangan? Saya ada dengar org cakap bahawa kita hendaklah meratakan air di kemaluan kita dgn menggunakan belakang tapak tangan sahaja dan akan terbatal mandi tersebut jika tersentuh kemaluan menggunakan tapak tangan.

SU-00121: Kaedah Basuhan Pakaian Menggunakan Mesin Basuh sed

Assalamualaikum........
Kepada Ustaz yang muliakan

Ustaz, seorang kawan saya pernah sekolah di sekolah men keb agama pernah menegur saya cara membasuh pakaian dgn menggunakan mesin basuh adalah salah dan ianya penting kerana pakaian tersebut hendak dibuat ibadah, semasa hendak membilas pakaian tersebut hendaklah dibilas menggunakan air yang mengalir tidak yang dipraktikan oleh mesin basuh sedia ada

SJ - 2824: Adakah dagu termasuk Aurat

:salam (nampaknya hilang lg soalan saya dr bank soalan. Ini adalah solana kedua saya hantar berkenaan soalan yg sama :-)

Baru-baru ini seorang Ustaz memberi tazkirah di Masjid sekitar KL. Antara kata-katanya yg saya ingin meminta clarification dr al-ahkam ialah "Dagu adalah tidak termasuk dalam kawasan muka. Disebabkan itu tidak disyaratkan utk melalukan/membasahkan air di kawsan dagu. Cukup hanya kawasan muka, hingga ke tempat anak rambut dan di depan telinga".

SJ - 2840: [U] Baca AlQuran

assalamualaikum w.b.t
saya ingin bertanya apakah hukumnya membaca al-quran dengan melagukannya mengikut rentak lagu kartun seperti doraemon tetapi tajwidnya betul

SU-00127: bekerja di kilang membuat ubat bagi haiwan yg hara

Apakah hukumnya seorang ahli farmasi serta operator Islam yang bekerja di kilang ubat veterinar yang membuat ubat-ubatan serta vitamin bagi kegunaan penternakan babi?

SJ - 2878: [Z] Hadiah daripada Vendor

Assalamualaikum....

Yang dikasihi panelis dan sahabat sahabat rahimakumullah

Kalau tidak silap saya pada zaman Nabi s.a.w ada satu kisah yang menceritakan seorang amil yang mengutip zakat pada masa yang sama ada bahagian diberikan khusus kepada beliau selain daripada zakat yang dikutip, lalu nabi melarang perbuatan tersebut.

SJ - 2822 : Post Mortem bagi mayat

:salam
Ana cuma nak bertanya kepada panel al-ahkam dan khususnya kepada akhi jawana berkenaan post-mortem yang sudah lama dibahasakan. Apakah pandangan-pandangan ulama' berkenaan post-mortem. Dalam keadaan apa yang dibenarkan jika boleh.

:wassalam

SJ - 2901: [Z] Riba

:salam
Saya ingin membeli kereta. Bagaimanakah cara yg terbaik utk mengelakkan diri drpd terlibat dgn riba/interest? Harap Sheikh THTL dapat membantu. Terima kasih.

SJ - 2871: wuduk

ader seorang bukan muslim bertanyer : kenapa, biler lu orang kentut, pastu mau semayang kener basuh muker dulu ???

SJ - 2875: [G+Z] Perlukah disamak rumah terpakai yang baru d

Tuan,
Saya baru sahaja membeli sebuah rumah terpakai yang dahulunya dimiliki dan didiami oleh orang Cina bukan Islam.