Soaljawab Islam

SJ - 3189: [G] SORRY...Solat Jama' lagi

Assalamualaikum...

Yang selalu kita baca dalam kitab-kitab FIQH yang MUKTABAR menyebut bahawa, solat kita boleh dilaksanakan secara rukhsoh apabila KITA BERMUSAFIR YANG "DIHARUSKAN" oleh Syara'

Yang ana kurang faham ialah, DIHARUSKAN itu adakah membawa maksud tujuan kita bermusafir itu adalah untuk sesuatu perkara yang dihukumkan MUBAH atau hanya perkara yang dihukumkan WAJIB ??

Maknanya, kalau sekadar untuk berjalan-jalan ke, bercuti makan angin ke, MACAM TU DIPANGGIL MUSAFIR YANG "DIHARUSKAN" SYARAK KE?

SJ - 3211: Gadaian cara Islam

asalamualaikum ,ustaz

1. Apakah hutang piutang menurut Islam dan Gadaian?

2. Apakah bezanya gadaian cara Islam dengan bukan Islam?

Daripada shahibol sharee

SJ- 3167 : Saf Kedua Bermula ditengah atau sebelah kanan?

assalamualaikum;
apakah ada hadis yang menyatakan untuk memulakan saf di barisan kedua hendaklah bermula dari sebelah kanan atau tengah. Diharap ustz dapat memberikan penjelasan.Jika ada seorang baru datang (masbuk) untuk memulakan saf kedua yang baru...adakah dia mesti bermula dari tengah dan mencuit orang dihadapan atau bermula dari sebelah kanan?...sekian wasalam :before

SU-00235: Puasa Qada dibuat bersama puasa enam

Assalamualikum,
Adakah dibolehkan sama seperti yang dibuat pada puasa sunat. Ada setengan pandangan mengatakan hendaklah diniatkan qada dulu baru niat puasa sunat. Diharap pihak panel dapat memberikan pandangan bersertakan hadith. Sekian wassalam

SU-00253: Aurat dgn ibu/anak saudara sepupu

A'kum,

Pada musim perayaan seperti sekarang, ramai sanak saudara berkumpul di kampung-kampung. Masalah yang ingin ditanya ialah mengenai hubungan aurat di antara ahli2 keluarga.

SJ-13-0033: Hak Jiran.

:salam
Saya berhajat untuk mengadakan satu majlis kesyukuran/do'a selamat sempena dua orang anak saya selamat mengkhatamkan Al Quran. Untuk tujuan itu saya akan menjemput ahli jamaah surau berhampiran dan juga jiran-jiran saya kemajlis tersebut. Persoalannya :

SJ – 3139 : IKTIKAF DI RUANG TAMBAHAN MASJID

Date: 11/17/2003 23:24:47 +0800
From: "ibnuyus"
To: pendekar
Subject: Persoalan Fekah

----------------------------------------------

Assalamu alaikum,

Saya baru saja mendaftar sbg ahli. Puas saya mencari kaedah utk mengemukakan pertanyaan maalah fekah.

Akhirnya saya menggunakan e-mail tuan pendekar sebagai salah seorang penal penjawab

Mungkin tuan boleh berikan kaedah tersebut

Namun saya ingin mengemukan satu persoalan.

SJ – 3138 : PEKIDA : SATU PENILAIAN

:salam

Berikut ini adalah salah - satu soalan yang dihantar melalui e-mel saya .

Saya memohon maaf disebabkan agak lewat menyiarkannya dan membalasnya .

Mudah - mudahan Soalan ini dan jawapannya nanti ada manfaat untuk kita semua .

#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#

Date: 11/16/2003 05:58:04 -0800
From: ariff rafiq
To: pendekaq
Subject: akum.....

----------------------------------------------------------

akum ustaz...

SJ -3151: [G] Pembahagian daging korban: 7 atau 8 bahagian

:salam

Saya ingin bertanya mengenai pembahagian daging korban, adakah daging korban ini dibahagikan kepada 7 atau 8 bahagian?
Pembahagian 8 bahagian ini dilakukan kerana 1 bahagian itu adalah untuk pekerja yang bertungkus lumus membantu dalam proses penyembelihan binatang korban tersebut...cth:lembu

Sekian, terima kasih

SJ - 3177: [G] Makmum Perempuan

:salam
Apa hukumnya... kalau seorang muslim sedang solat... tetiba ada muslimah (ibu, kakak, isteri) yg datang mengangkat takbir dan BERNIAT mengikut imam? sedangkan pd mula solat si muslim itu tadi...dia tidak berniat untuk menjadi IMAM pun...

Kalau datang muslim jugak yg kemudian berniat untuk ikut imam, hal tu sememangnya sudak dimaklumi oleh masyarakat umum... KEMUSYKILAN ana sekarang ialah makmum tersebut merupakan seorang perempuan...

SJ - 3145: [G] Fiqh Puasa: SENDAWA ?!!

:salam

Pada suatu hari (dlm bulan puasa) ana terasa ingin BERSENDAWA ...tiba-tiba , TERkeluar sedikit 'makanan' dari bhgn dalam tubuh... lebih kurang macam muntah ....Soalannya ialah... ana sebenarnya tau yg muntah yg tak sengaja tu tak membatalkan puasa...tapi ..yg memusykilkan ana ialah... ana pernah mendengar ada org memberitahu ana bahawa muntah yg keluar disebabkan sendawa ni..(yg disengajakan)... adalah sama ngan muntah yg disengajakan jugak,.,.. betul ke?

SU-00236: solat sunat

Assalamualaikum,
Bagaimana kah bacaan niat sembahyang sunat Rawatib?

Terima kasih

SJ - 3134 : Zakat fitrah bagi anak kecil dan bayi

:salam

Ana ada soalan berkenaan hal di atas. Terdapat pendapat yg mengatakan bahawa anak kecil perlu dibayar zakat fitrahnya oleh ibu-bapa/penjaganya! Adakah pendapat ini sabit dgn nas? Bukankah seseorang itu gugur taklifnya sekiranya beliau belum akil baligh? Jazakallah.

:wassalam

SJ – 3203 : NIAT INGIN BERSAING

:salam

Misal kata kita solat di belakang seorang hafiz yg muda. Kita pun terpegun dgn bacaannya dan hafalannya, maka kita pun berazam "Aku pun nak hafal surah ni!"

Atau kita jumpa seorang muslim yg molek adab dan tatasusila. Maka kita pun berazam, "Aku nak jadi lebih baik dari dia!"

Adakah ini perbuatan tercela? Walaupun amal yg ingin dicontohi adalah berbentuk ibadah yg sangat dianjurkan, semangat bersaing tu yg menjadi kemusykilan saya. Adakah boleh jatuh ke lembah syirik?

:pet

SU-00233: Air Penawar???

:salam
Saya telah beberapa kali menggunakan menggunakan air penawar yang disertakan dengan doa untuk kegunaan menyihatkan badan yang sakit, keterangan hati, ketenangan hati, mengubah sikap dan perangai dan sebagainya. Cara penggunaannya ialah dibuat air minuman dan mandian. Kita juga maklum dalam majlis bacaan Yaasin sering disertakan dengan air untuk dijadikan minuman. Adakah kedua-duanya sama sahaja? Apakah hukum dan dalil-dalil berkaitan dengan perbuatan itu? Terima Kasih. :wassalam